kesayangan saye :)

nuffnang Ads

Monday, 27 June 2011

MENGUBAH CINTA MENJADI KASIH

Jangan pernah katakan cinta
Jika kamu tidak pernah peduli

Jangan bicara tentang perasaan
Jika rasa itu tidak pernah ada

Jangan pernah genggam jemari
Jika berniat membuat patah hati
Jangan pernah katakan selamanya
Jika berniat untuk berpisah
Jangan pernah menatap mataku
Jika yang kamu ucapkan adalah kebohongan
Jangan pernah ucapkan "Hai"
Jika berniat mengucapkan "Selamat Tinggal"
Jangan pernah ucap kalau "Akulah satu-satunya"
Jika kamu mengimpikan yang lainnya
Jangan pernah mengunci hatiku
Jika kamu tidak mempunyai kuncinya
Cinta itu akan menjadi kematian bagimu,
Jika kamu...terperangkap olehnya.
Cinta bagai misteri datang dan pergi tanpa pamitan.
Kamu tak perlu mencarinya...
Kerana cinta akan datang pada waktu yang tepat.
Kamu tak dapat membelinya...
kerana harga sebuah cinta sangatlah mahal
Cinta akan lahir pada saat yang tepat tanpa kita ketahuinya bila,
dan tanpa kita ketahui kepada siapa.



Jika suatu hari pasangan anda mengatakan "Aku tidak mencintaimu lagi",
sukar diterima untuk sebahagian orang.
Biarkan berlalu kerana cinta tidak dapat dipaksa.
Jika paksaan wujud dlm percintaan, cinta akan berubah menjadi benci,
Cinta akan datang kembali kepada kamu suatu hari nnti,
Entah bila... InsyaAllah pada waktu yang tepat menurut ukuran Allah.
Allah tak akan membiarkan kamu sendirian.
Allah tak akan membiarkan kamu sendirian.
Percaya dan Yakinlah itu...
Kemudian, bagaimana dengan perasaan kamu jika kamu ditinggalkan cinta ?
Simpanlah dalam-dalam cinta tersebut.
Kenanglah sebagai sebahagian dari pengalaman hidupmu.
Menangislah jika perlu.
Berbahagialah kerana anda pernah dicintai,
berbahagialah kerana cinta pernah ada di hatimu.
Dan muhasabah akan kekurangan kita.


Bagi yang lelaki...
Jangan pernah jadikan kecantikan sebagai ukuran kamu untuk mencintai seseorang
kerana sangat mudah sekali membuat cinta terus menguasai dirimu.
Tapi pandanglah jauh ke depan dan fikirkan sebaik-baiknya,
kerana semua akan mengait masa depanmu.

Bagi yang perempuan...
Jangan jadikan duit, kedudukan dan semua yang fana sebagai sebab dari Cintamu..
kerana sangat mudah sekali duit, kedudukan dan semua yang fana akan membutakan cintamu.
Seolah-olah engkau hanya cinta akan duit, kedudukan dan semua yang fana
daripada kamu sendiri merasakan cinta itu



Bagaimana jika cinta hilang dalam sebuah perkawinan ?
Dalam suatu perkawinan, cinta adalah cinta yang harus dipertanggungjawabkan..
kepada Tuhan dan kepada suami/isteri dan kepada anak (jika ada).
Kamu tidak boleh pergi begitu saja dengan mengucapkan "Aku tidak mencintaimu lagi."
Dalam sebuah perkawinan
"ANDA" adalah dua menjadi satu
"ANDA" adalah suami/isteri dan kamu sendiri.
Jangan turuti kemahuan anda tapi turutilah kemahuan"ANDA".
Bagi anda yang mencintai, ubahlah makna cinta menjadi KASIH.
Cinta itu bersemayam di dalam hati
jika hati anda penuh dengan kasih, cinta tak akan pernah hilang dari diri anda.

Kasih itu sabar

Kasih tidak cemburu
Kasih menerima apa adanya dan memberi yang ada ;
Kasih itu komitmen..
sehingga seseorang yang memiliki kasih tak akan melupakan cintanya ;
Kasih itu memaafkan :
Kasih adalah Cinta Sejati.
Tanamkan Kasih di hati anda sejak awal dan Cinta anda tidak akan hilang
Tanamkan kasih dan kamu akan bertahan...

jika kekasihmu mengatakan, "Aku tidak mencintaimu lagi"
Memang berat, apalagi kita masih mengasihinya
Segala perubahan memerlukan waktu waktu.

sekadar berkongsi untuk pengalaman..maaf jika tersalah kata dan menyinggung hati mana2 pihak.. 


No comments:

Post a Comment