kesayangan saye :)

nuffnang Ads

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday 26 March 2014

Omg!!!!Rambut Oh Rambut..!!!

Salam Sejahtera u olls....tajok entry x nak mcm nak tercekik pulak kan bile membacenye....hehehe tp situasi ni lah yg sy tgh alami skrg.....eh kejap ea...nak tukar pampers darwisy....bkn main byk lg dye poo poo arini....kira2 hari, rupa2nye x lame lg darwisy dah nak masuk 4bln....huhuhu patot la td dye punye poo poo lain mcm sikit....org tua2 cakap, klu baby nak beralih bulan, bentuk poo poo dye mcm berbiji2 or mcm susu masam....darwisy ni pon dlm proses nak meringankan badan....meniarap bkn main laju...nak telentang semula mmg x lah kan...bkn main payah lg anak ummi ni nak angkat punggung....huhuhu

Sekarang ni pun darwisy asyik buat 'buih' kat mulut tu....sapu tgn mmg x lekang la kat tgn ni...ni pon orang tua2 cakap klu anak dah pandai wat 'buih', siap lah...rambut maknye pon gugur sekali....yeeaaahhhh...mmg pon...rambut tanpa segan silu menggugurkan dirinye x kira mase...stressnye rase hati ni tgk rambut gugur...x penah2 mcm ni tau x...geram sgt2, drpd rambut pnjang terus potong pendek...fuhhhhh! lega sikit...even rambut ade gugur, tp x lah nampak ketara mcm dulu...hehe

nampak x sapu tgn tuh...si darwisy pon asik nak ngap tgn sendiri...penuh air liur kat tgn beliau...gigit kang!!


Sebenarnye byk punca rambut gugur lepas bersalin ni selain mitos org tua2 hehehe... 
so google punye google dpt la punca2 yg lain dkt Karangkraf 

  • Perubahan hormon

Sepanjang tempoh kehamilan, hormon progesteron dan estrogen pada wanita hamil sangat tinggi. Kedua-dua hormon ini menyebabkan pertumbuhan rambut terhenti dalam fasa anagen atau lebih dikenali sebagai fasa pertumbuhan.  Sebab itu, wanita hamil kelihatan lebih berseri-seri dan nampak cantik.  Rambut mereka kelihatan berkilat dan bersinar-sinar.

Tetapi, selepas bersalin iaitu sekitar usia bayi tiga hingga empat bulan, kesemua hormon akan kembali normal dan pada waktu ini, ibu-ibu akan mengalami semula masalah keguguran rambut.

Disebabkan sepanjang tempoh kehamilan tidak banyak rambut gugur, kali ini keguguran rambut berlaku dengan lebih banyak.  Rambut yang gugur berterusan menyebabkan ia tidak sempat tumbuh dan memanjang.  Akibatnya, rambut kelihatan semakin menipis dan jarang.


  • Tekanan

Selepas bersalin, wanita menjadi ibu sibuk menguruskan keperluan keluarga dan bayi yang baru lahir.  Lebih memburukkan keadaan apabila si ibu juga perlu bekerja.

Menghadapi pelbagai tekanan dalam mengendalikan kesemua tugas-tugas ini membatasi masa untuk ibu menjaga kesihatan dan kebersihan rambutnya.

Jika tidak diberi perhatian, masalah keguguran rambut yang dialami setiap ibu selepas melahirkan akan menjadi semakin teruk. Namun, dalam tempoh setahun itu sekiranya ia tidak dirawat dengan segera, masalah tersebut akan menjadi semakin serius sehingga akhirnya boleh menjadi keguguran rambut jenis wanita (female pattern baldness).  Masalah rambut ini adalah jenis kekal dan sukar untuk ditangani.


  • Berusia dan memiliki ramai anak

Ibu yang semakin berusia dan telah mengandung lebih dari tiga kali berisiko lebih tinggi berbanding ibu muda atau yang memiliki bilangan anak yang sedikit.  Masalah menjadi lebih rumit apabila ibu yang memiliki bilangan anak yang ramai serta tidak menjaga kebersihan rambut mereka akan menyebabkan rambut gugur dengan lebih banyak.

Malah, semakin ibu berusia bermula pula masalah puncak kepala (crowning area) semakin menipis.  Ia bermula daripada bahagian tengah dan merebak ke bahagian tepi.  Sebab itu boleh dilihat pada kebanyakan orang tua, wanita terutamanya, rambut di bahagian tengah kepala amat nipis dan sedikit sehingga boleh dilihat kulit kepalanya. Ia berlaku bukanlah disebabkan masalah hormon semata-mata tetapi juga disebabkan penjagaan rambut selepas bersalin yang tidak betul.


  • Pola pemakanan tidak sihat

Selain itu, amalan pemakanan yang tidak sesuai boleh menyebabkan masalah keguguran rambut menjadi semakin serius.  Seperti yang diketahui, kebanyakan ibu-ibu selepas bersalin mengawal pemakanan agar dapat mengembalikan semula bentuk tubuh langsing seperti sebelum hamil.  Hal ini sebenarnya boleh menyebabkan mereka banyak kekurangan nutrisi yang amat diperlukan oleh tubuh.

Berbanding lelaki, proses penuaan wanita berlaku dengan lebih cepat. Sebab itu, kulit kepala juga akan menjadi tua dengan lebih cepat berbanding lelaki.  Masalah penuaan ini menyebabkan liang-liang rambut menjadi kosong.  Liang-liang rambut yang kosong ini jika dibiarkan dan tidak diaktifkan bagi pertumbuhan rambut baru, ia akan tertutup dan terbenam.

Kalangan lelaki, mereka yang mengalami masalah rambut sekiranya tidak dirawat dalam tempoh 10 tahun sekalipun keadaan rambut mereka masih sama.  Bezanya wanita, tempoh dua hingga tiga tahun sudah cukup membuatkan wanita kelihatan ‘botak’ kerana liang-liang rambut cepat tertutup.  Liang-liang rambut yang tertutup dan terbenam tidak boleh dirawat atau diaktifkan lagi.


  • Faktor  usia

Semakin berusia, peluang untuk pertumbuhan rambut baru semakin rendah.  Ini disebabkan oleh kesemua sel-sel sudah menjadi semakin tua, malah penyerapan nutrien-nutrien yang diperlukan dalam pertumbuhan rambut sihat juga semakin lambat.

Disebabkan usia semakin lanjut, ada kalanya kita lupa tubuh badan juga memerlukan lebih banyak nutrisi.  Hal ini kerana, organ-organ di dalam badan juga turut ‘berusia’ seiring dengan pertambahan usia manusia.  Jadi, nutrisi yang masuk di dalam tubuh badan melalui makanan-makanan yang dimakan akan diserap dan diagihkan kepada organ-organ penting di dalam tubuh seperti hati, jantung, buah pinggan dan sebagainya.  Ia berfungsi untuk membantu organ-organ dalaman berfungsi dengan baik.

Tapi jangan risau...ada tips untuk merawat rambut yang gugur ni...sy share dari blog pa&makarangkraf




  • Uolls tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.



  • Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.



  • Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.



  • Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.



  • Makanan Mencegah Keguguran Rambut

Telur Dan Daging Ayam
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.

Gandum
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.

Tauge
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

Sayuran Hijau
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

Buah-buahan Segar
Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

Makanan Laut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

Salmon
Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

Kunyit dan jintan merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.

Air Masak
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.






Friday 21 March 2014

Hari-Hari Berpantangku :)

Salam semua....entry kali ni nak share tentang hari2 berpantang selepas bersalin...maklum lah, tenaga dah byk habis utk proses kelahirankan....aduhhhh....sementara nak tunggu esok pg, sy telan paracetamol utk hilangkan bisa2 bdn ni...x sabar rasenye nak berurut...esoknye pg2 lg bidan (kat kampung ni panggil dye bibik, org jawa hehe) dah sampai umah..pukul 6.30pg....sejukkkkkk....dlm pukul 6pg mama sy dah jerangkan air untuk mandian sy & darwisy....bibik dtg bwk mcm2 daun dicampur dlm air yg tgh mendidih...ermmmm wanginyeeeee....yg sy bau cuma daun sireh & serai wangi je..yg laen2 sy x tau daun ape hehehe....sementara sy mandi, bibik uruskan darwisy...dari mandikan, urut & pakaikan baju....sy tgk bibik tuam darwisy punye bird2...hehe penting ye tuam anak lelaki punye bird2...untuk elakkan dye kene angin pasang...bibik gunakan daun sireh untuk tuam...klu xde daun sireh, daun mengkudu pon bole...sampai skrg, sy tetap tuamkan darwisy...bkn maen suke dye...mane taknye, pas tuam je mcm machine gun dye punye kentut...hikhikhik....ok lah, lepas uruskan darwisy, sy & bibik pun terus ke bilik untuk proses mengurut...haiissshhhh rase mcm nak terbang terjun atas katil je...pakkal je x mampu huhuhu...bibik pun tnye dah beli jamu ke belum, sy cakap dah..terus sy kuarkan jamu turun temurun yg disyorkan oleh mama sy...jamu air mancur... 

JAMU AIR MANCUR - SAYA BELI RM75 


 kotak pink no 1-makan dari hari ke 4 hingga ke 8
~ untuk membersihkan sisa2 darah dalam rahim ~

kotak kuning no 2 -makan dari hari ke 9 hingga hari ker 28
~ untuk memulihkan dan mengecutkan rahim ~

kotak hijau no 3 -makan dari hari ke 29 hingga hari ke 38
~ untuk melancarkan dan memperbanyakkan susu ~ 

Tapi buat pengetahuan semua sy x mkn jamu pun dlm tempoh berpantang....bidan x bg, anak tgh menyusu bdn, takot anak kena kuning..Alhamdulillah kuning darwisy paling tinggi pon 7...so, sy cuma gunakan jamu untuk luaran sahaje...weeeeee~ 

tapel wangi - lepas je urut, bibik terus sapukan kat bahagian perut sebelum pakai bengkung..
 akan rase panas dan boleh kempiskan balik perut yang dah mengelambir lepas beranak tu..bengkung mmg ikat ketat punye...jalan pon kepit je...lg bagus guna bengkung buat sendiri pakai kain kapas....even bengkung moden nampak mudah tp lg best pkai bengkung yg 8meter panjang tu hehe 

Param beras kencur - lumur ke seluruh badan untuk menghilangkan rasa lesu, melancarkan peredaran darah...rasa panas param ni boleh buatkan breast membengkak....

Pilis - sapu dekat dahi untuk mengubati kepala pening-pening.. 

Bedak Sari Inti Sari - sapu nipis kat bahagian muke...rase sejuk & lembut je...boleh mengembalikan seri wajah selepas bersalin...

Minyak Telon Bebiku - mencegah kembung perut...masuk angin pada bayi...sy tengok bibik sapu kat bahagian dada, perut, pinggang & tapak kaki darwisy... teros ciom darwisy..ermmmmm bucuk arrrr anak ummi ni, dah mandi pon mucuk lg...heeeeeee 

So, proses mengurut ni berlangsung selama 3hari...then lepas 44hari, sy mengurut jugak...org tua2 ckap untuk bilas...so, bile suami sy bercuti selama 2minggu, beliau lah yg pakaikan segala jamu & bengkung...sy jugak bertungku, proses ni dapat menghangatkan badan kite, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang serta memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku....Justeru, bertungku ada kalanya diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan....sy pulak panggil darah bantal sbb bentuknye seakan2 bantal...

Untuk pemakanan pulak, sy ni jenis x kesah...mama sy cuma masakkan sawi masak air + lobak asin + halia yg byk, ikan bilis goreng & nasi panas....tp nasi mmg segunung la dlm pinggan...nak tambah x boleh...sayur kan memperbanyakkan air susu....lg 1 sy bykkan minum air glucose...mmg berkesan...susu bdn mencurah2 sampai wat stok lg....org kate tgh berpantang jgn minum byk air, tp pd sy lg bgus minum byk air kan.... anak lelaki kan kuat menyusu....

Oleh kerana tempoh berpantang, jadi ramai lah kenalan, sedara mara, jiran2 yg dtg melawat....huhuhu hari2 begini la...tp jgn lupe ye...even dah habis pantang, if anak menyusu bdn, kite pon kene berpantang lg yek....x leh bedal mkn ikot sedap tekak jek...hekhekhek 

Perkembangan Muhammad Darwisy 







ummi & ayah love u so much sayang....:) 

LIKE & SHARE 


Wednesday 19 March 2014

PUTERA SULUNG PELENGKAP HIDUP KAMI ;)

Assalamualaikum bloggers....Alhamdulillah 3bulan sudah saya menggalas tanggungjawab sebagai ummi kepada cahaya mata pertama sy n suami iaitu Muhammad Darwisy Bin Muhammad Fitri...


taraaaaa...ni Darwisy baru lahir...


mcm mane nak start story yek time bersalin tu...hehehe semuanye tiba2 sbb due sy lame lg...2w3d lg...al maklum lah x de pengalaman lg kan...pagi 13.12.13 pukul 11pg sy x rase ape2 yg pelik pon...tp pastu ade rase pelik dtg sbb pegi toilet tetibe bloody show...eh, teringat la time google2 tenet, tanda2 bersalin termasuk la bloody show...homaigod!!! dlm hati dah x tentu arah....dah nak bersalin ker???tp nape x rase sakit or else....terus ngadu kat mama...mama cakap, eh kene pegi spital ni...x leh tunggu2 lg...terus mama telefon abah yg sedang enak motong buah sawit kat kebunnye...heeeeee...sementara tunggu abah blek rumah,mama suruh sy tukar baju...time ni sempat lg pilih baju cantik2...padahal nak pegi spital je kot...huwaaaaaa...tgh siap2, sy kol suami yg tgh berkursus kat sarawak....time ni sedih nyot nyet nyot nyet ngan suami...hmmmm x dapat temankan time bersalin nnti...anak sulung pulak tu...sadissssss!!!! :( hubby juz bg kata2 semangat...sayang u can do it, sayang, abg sntiasa doakan dari jauh,sayang sayang sayang...berpinar trossss huhuhuhu....ok dipendekkan cerita, siap semua brg, terus otw pegi spital...dekat je Hospital Daerah Kota Tinggi....dtg nk dkt tgh hari...hari jumaat pulak tu...lengang mybe ramai staff pegi lunch...kat kaunter nurse tnye mcm2 & sy pon xplain knp sy dtg spital....terus nurse suruh masuk bilik saringan...check jalan rupanye dah 4cm...terus nurse pasang alat kat perut utk dgr pergerakkan jantung baby...ermmm time ni sedih, dokter cakap kene hantar ke Hospital Sultan Ismail sbb degupan jantung baby x menentu...lbh senang dokter cakap baby nervous....hehehe serius time ni mmg x berhenti ketawa dlm bilik saringan tu, rupanye ade jugak baby nervous...mybe nak cari jln keluar kan...ermmm kena hntar HSI???kebetulan pejabat suami bagi GL siap name spital HSI terus...agaknye baby mmg nk lahir kat situ...so naek la ambulans pegi HSI...sblm naek ambulans, mama sempat cium dahi sy n bg kata2 peransang...mama sayang kakak, mama tau kakak kuat, mama tunggu kakak k...ermmm sy cuma mampu senyum je, padahal sebak sgt2 n tahan je air mate drpd nak tumpah :') kat dlm ambulans nurse mmg baek hati tlg urut2 pinggang ni...huhuhu tau2 je dah smpai...mama,abah n adik pon x lame smpai...terus nurse tolak stroller masuk labour room...sampai spital nk dkt kul 2ptg...nmpk nurse masukkan ubat resa??gesa??rasa??xtau la yg mane 1..x sampai 5 minit terus menggelodak perut...dari awal mmg x berhenti ayat Lailahaillaantasubhanakainnikuntuminazzalimin keluar dari mulut sy...Alhamdulillah proses bersalin x amik mase yg lame...tepat pukul 3.13ptg 13.12.13, putera sulung kami pon selamat dilahirkan....berat 2.89kg, panjang 50cm..sister angkat baby & tnye baby boy or girl??menitis air mata time sister letak darwisy atas dada sy...errmmm syukur sgt2 segalanya dipermudahkan...lepas semuanye selesai dlm labour room,sy & darwisy ditempatkan di wad bersalin...tp dlm bilik laen...ade 4 katil semuanye...mybe sy isteri kakitangan kerajaan so ditempatkan di situ...ok la jugak, privacy sikit..time ni family sy dah berkumpul keliling katil...abh terus azankan darwisy & letak madu dkt lelangit dye...perasaan yg sukar digambarkan...mengandungkan, melahirkan, menyusukan, membesarkan....suami kol pon kami berdua cuma mampu menangis....sy tunggu kepulangannye 1 minggu lg...hebatnye perasaan ini...tgh hari esoknye, sy dibenarkan keluar....tunggu cerita di rumah pulak ye...:)



Alhamdulillah...inilah permata hati kami atas hubungan halal suami isteri...kehadiran si comel ini membuatkan hubungan kami suami isteri semakin erat... ;)